Seorang budak lelaki telah tinggal bersama jirannya selamabeberapa hari menjelang Perayaan Cahaya, Deepavali.
Jirannya merupakan sebuah keluarga campuran dan pasangan India-Cina tersebut mempunyai sepasang anak
kembar yang mesra. Budak lelaki itu berpeluang untuk meraikan Deepavali bersama keluarga India tersebut
sementara tertarik dengan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Buku bergambar yang berwarna-warni dan setebal 36 muka surat ini telah menggambarkan perayaan Deepavali serta
butirannya dengan jelas, di samping menonjolkan kekayaan setiap aspek budaya.
Tahukah anda bahawa terdapat beratus-ratus dialek dalam kalangan orang India, atau mitos Diwali adalah berbeza-beza di seluruh wilayah yang terdapat di India? Buku ini meneroka pelbagai aspek, daripada kepentingan muruku
kepada peranan yang dimainkan oleh Rangoli yang cantik Buku ini memberikan pengertian yang mendalam tentang
tradisi meraikan Deepavali, menjadikannya bahan bacaan yang komprehensif dan juga menyeronokkan untuk kanakkanak di Malaysia |